foLLOweRs

weLcome yaa to my OFFICIAL BLOG ^^,

20 July 2012

ALLAH pasti memberikan yang terbaik

Views




Wa makaru wa makarallah , wallahukhairul makirin.

Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.

Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.

Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki.

maceh , sudi bace - -'

1 comment:

Petak Hitam said...

jika terluka, ini masa terbaek,
terbaek untuk sembuh, terbaik untuk pulih, terbaek untuk kau kekal segar, kerana Ramadhan ini adalah bulan bukan untuk insan, tetapi untuk Allah Ar-Rahman..

selamat berpuasa! ;D